ulangtahun blog saye

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 8

cakap org2 tua @ p.e.t.u.a

Asma 
Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh
lada putih dan campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan.
Sapukan pada dada pesakit serta leher, amalan ini akan menghilangkan penyakit
asma. 

Bau Badan
Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang
telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa
ketika dan bilas dengan air bersih. 

Bayi Selsema
Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga
mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan
melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah. 

Hidung Berdarah 
Daun sirih digulung sebesar jari kelingking serta diramas
sedikit dibahagian hujungnya untuk mengeluarkan bau dan dimasukkan kehidung
yang berdarah. Baringkan pesakit dengan keadaan kepala meninggi. 

Sakit Gigi
Kunyah sirih hingga lumat pada gigi yang sakit. Untuk
beberapa ketika sakit gigi akan berkurangan.

Batuk Lelah
Daun sirih dilayur dan dituam ke dada pesakit. Air daun
sirih diguna untuk minuman kepada pesakit. 

Berak Darah 

Akar kurma, gambir dan jintan putih dimakan dengan sirih
pinang


Demam 

Tujuh helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan tiga
ulas bawang merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan dua kali sehari,
cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala selepas bersalin

Demam Panas

Tiga helai daun sirih diramas ke dalam semangkuh air
bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan dan jaramkan pada
kepala, lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

"apa yang kita buat pun suma begantung 100% dgn izin Allah"
"segala yang berlaku ada hikmahnya, bersangka baiklah pd Allah selalu"
"insyaAllah......."

No comments: