ulangtahun blog saye

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 23

TUMBUHAN DAN NILAI PERUBATANNYA

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh  dan salam sejahtera..

setelah sekian lame blog ni wujud, ak asek2 cte hal ak sendiri je.. mcm syok sndiri..pdhal 1st2 entry aku punyela b'iya nk kongsi tips la..amende tah lg,tpi smpi hr ni..hampreh..satu  habuk pon tarak.. 

jadi,sbg menunaikan eh bukan mengotakan kata2 ku dahulu kala [betul x ni cikgu bibodin? maaf kalau slh,lame da tinggal sbjek  BM ni] so hari ni ak nk share berkaitan tips sihat yang ak dapat tah dari mane..tapi yg pasti ia dah lame besarang dalam laptopku yg smakin hari smakin tua.. 

seperti tajuk tertera kt atas tu..tumbuhan dan nilai perubatannya..



1) CILI MERAH MAMPU HINDARI MASALAH DARAH BEKU..




    ha..korang tengok..cili merah yg selalu korang makan tu, ade khasiat yg hebat..kalo aku je ckp korang mungkin ragu2.. ni ha cek nk habaq kat hangpa maklumat2 kukuh tentang perkara nih:



"Cili merah atau nama saintifiknya Capsicum annuum yang berasal dari keluarga Solanaceae ini merupakan sejenis cili berisi tebal berwarna merah atau hijau dan mengeluarkan hasil sepanjang tahun. Ia mengeluarkan buaga kecil yang bertukar menjadi buah pada setiap ranting daun. Cili merah kaya dengan vitamin C, vitamin A dan zat-zat galian seperti besi, kalsium, fosforus, sodium dan potasium. Sayuran ini dikatakan bernilai dari segi kesihatan untuk meredakan kesakitan yang ada kaitan dengan kegemukkan. Ia juga baik untuk pengedaran darah dan boleh mengatasi masalah sakit kerongkong. Cili merah mengandungi sejenis bahan yang menghalang sel-sel darah daripada bergumpal dan sekaligus menghalang sejenis penyakit darah beku yang dikenali sebagai trombosis"



        sekarang da puas ati belum dngan info tuh? kalo ade yg xpcaye n ragu2 lagi, korang google la sndiri ek... pastu korang share2 la,comment entry ni..xrugi berkongsi ilmu kan? oke2 fifah,udah2 ler bebel tu,byk lagi tumbuhan yg ak nak kasi th khasiat dia kat korang suma..
next plant;


2) KHASIAT BENDI UNTUK KECERGASAN OTAK




      dolu2 kala aku penah kaba ke kwn2 aku lendir bendi ni blh wat payudara besar.haha..:D korang da kene kelentong da. maaf tau,xsengaja sbb aku ckp tu tanpa research findings or fact or what so ever.maka jadilah dia poor support yg korg xleh pkai pon..


sebona2 nye, bendi ni bagus tau untuk otak..sape yg rase lomah2 je otak die,makn la bendi byk2 [ tpi pstikan dimasak dulu,xelok mkn makanan mentah2]..nt cergas la die..nape aku ckap mcm tu, korang bce tau info nih..



Bendi merupakan sayur tempatan yang banyak ditanam di negara-negara yang beriklim panas dan lembab. Berdasarkan kajian tempatan yang dilakukan, bendi mengandungi sebanyak dua peratus protein, tujuh peratus karbohidrat dan satu peratus serat. Selain itu bendi juga kaya dengan zat galian dan vitamin terutamanya kalsium. Lantaran itu ia merupakan sayur yang elok untuk perkembangan otak. Dalam bidang perubatan, bendi digunakan sebagai perangsang buangan air kecil, berkesan untuk merawat gonorea, sifilis serta bengkak saluran kerongkong dan hidung "



     nasihat aku..makanlah bendi [or kekacang yg len sbb kekacang ni sgt bek untuk otak]..xnak ckp pnjg2,jom kte b'alih pd tumbuhan seterusnya;



3) BAWANG PUTIH HALANG DARAH TINGGI DAN KANSER.






       tumbuhan ni ak cofirm mostly korang jumpe hari2 dlm mknn yg korg makan..cakap pasal darah tinggi,dolu2 kwn aku penah bgtau bg org yg ade darah tinggi, time darah korang bertekanan tinggi @ korang diserang drah tinggi,g cari timun n korang blend atau kunyah camtu je.insyaAllah nt turunla darah tinggi tu, then ade kwn aku yg len bgtau nnek d ade sakit darah tinggi yg kritikal,then pkcik d buatkan jus pandan yg pekat,bg nenek d minum.lps minum jus daun pandan yg dibuat tu, alhamdulillah.tekanan darah nenek d turun. jdi,byk cara n ikhtiar..korang buatla mne yg senang.



"Bawang putih telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah. Kolesterol inilah yang menjadi punca penyakit darah tinggi. Bawang putih atau Allium sativum nama sainsnya juga membantu menyegarkan pernafasan sekalipun di tempat yang banyak karbon monoksida (asap kenderaan). Sayuran ini juga dapat menghindarkan seseorang daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya membantutkan ketumbuhan tumor dalam tubuh manusia. Di Korea contohnya, peratus pengidap darah tinggi begitu rendah sekali dan ini dikaitkan dengan amalan menjadikan bawang putih sebagai ulam setiap kali mereka makan"



cukupla stakat ni dlu ek?nt ak pos lg tentg khasiat tumbuh2an ni..

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
"save our enviroment"
"setiap penyakit itu ad penawarnya,kecuali mati"

No comments: